Manifesto Belia Malaysia 2027–2032Visi kolektif untuk Malaysia, dibentuk oleh belia Malaysia berumur 18 hingga 30 tahun.
Bukan senarai hajat yang diturunkan dari atas — tetapi rekod tentang apa yang dituntut oleh satu generasi, dalam kata-kata mereka sendiri.
Manifesto belia ini berusaha memenuhi dua matlamat utama:
Membawa perhatian kepada isu-isu utama yang dipertaruhkan untuk anak muda Malaysia dari 2027 hingga 2032.

Memberikan hala tuju yang jelas untuk mobilisasi antara kumpulan advokasi tentang cara melibatkan dan berkomunikasi secara strategik dengan belia Malaysia menjelang PRU16.

Enam tunjang. Klik di mana-mana tunjang untuk memahami kepentingan tuntutan tersebut bagi anak muda Malaysia — kemudian tambah tuntutan anda sendiri.
Peta Tuntutan
Tuntutan yang dihantar oleh anak muda Malaysia, dari setiap negeri.
Tuding pin untuk intai, tekan untuk baca tuntutan penuh — setiap pin ialah tema, dan nombor kecil mengira suara.
Lihat peta penuh ↗Jadilah yang pertama meletakkan tuntutan di dinding ini.
Sumbangkan tuntutan anda
Apa sahaja yang anda mahu lihat berlaku untuk Malaysia — besar atau kecil, dasar atau perasaan — di sinilah tempatnya.
Sekretariat Manifesto
Organisasi yang menjaga tunjang-tunjang manifesto.

HARAM
Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia
Menuntut reformasi institusi dan akauntabiliti tadbir urus, memperkukuh suara komuniti terpinggir, dan menyatukan gerakan pelajar di Borneo dan Semenanjung.
Lawati ↗
Pocket of Pink
Membuka ruang perbualan tentang gender, kuasa dan keadilan untuk anak muda Malaysia — termasuk lelaki — yang tidak diajar dalam pendidikan formal.
Lawati ↗
Spark Initiative
Spark Initiative Malaysia
Organisasi pimpinan anak muda yang menterjemah bukti tentang kesejahteraan emosi belia kepada reformasi institusi dan dasar.
Lawati ↗
UKEC
United Kingdom Eire Council for Malaysian Students
Gabungan kebangsaan persatuan pelajar Malaysia di Britain dan Ireland, mewakili lebih 16,000 pelajar sejak 1995.
Lawati ↗
Solidariti Pendidikan
Inisiatif pimpinan pelajar yang memperjuangkan sistem pendidikan yang lebih baik untuk semua dengan mengetengahkan fakta dan cerita — merangkumi akses, kualiti, dan kesihatan mental.
Lawati ↗
AI Autopsy
Gerakan wacana pimpinan pelajar yang menyoal AI demi membina daya pertimbangan untuk masa depan Malaysia — pengarang manifesto pelajar pertama di Asia Tenggara tentang AI dan pendidikan.
Lawati ↗
Komuhakan
Gerakan pimpinan anak muda — namanya bermaksud "belia" dalam bahasa Kadazan — yang memelihara warisan orang asal Sabah serta memperjuangkan hak orang asal dan hal ehwal Sabah.
Lawati ↗Apa bezanya manifesto ini?
Tidak seperti manifesto tradisional yang digubal di sebalik pintu tertutup, manifesto ini dibina melalui konsultasi penyertaan.
Kumpulan fokus, dialog belia dan rundingan awam bersama kumpulan belia, NGO dan rakan CSO di seluruh Malaysia.
Ia bukan senarai tugasan untuk kerajaan yang akan datang. Ia ialah visi bersama tentang Malaysia yang ingin dibina anak muda — dan bukti bahawa masa depan itu mungkin.
Apa yang berlaku dengan manifesto ini?
Manifesto lengkap akan dilancarkan menjelang PRU16 dan menjadi alat mobilisasi.
Hala tuju yang jelas untuk kumpulan advokasi tentang cara melibatkan belia Malaysia secara strategik.
Dan rekod awam tentang apa yang dituntut anak muda Malaysia daripada mereka yang ingin mewakili mereka.
Manifesto ini masih dalam penulisan
Kami belum bersedia untuk menerima tandatangan. Sekretariat masih meneliti tuntutan yang dihantar anak muda Malaysia, dan kami lebih rela mengeluarkan sesuatu yang berbaloi ditandatangani daripada sesuatu yang tergesa-gesa. Tinggalkan e-mel anda dan kami akan maklumkan sebaik sahaja ia dibuka — atau ikuti kami di Instagram, tempat draf dikongsi dahulu.
Ikut di Instagram





